Tuesday, January 27, 2015

Amaran : Radikal Bebas Bahagian 2

Pada bahagian 2 ini, kita akan mengupas berkenaan dari sumber manakah datangnya radikal bebas yang merbahaya kepada tubuh badan kita.

Untuk melihat bahagian 1 sila klik pautan ini; Amaran : Radikal Bebas Bahagian 1



Boleh dikatakan bahawa radikal bebas ini ada di mana-mana sahaja. Di sekeliling kita ini terdapat banyak sumber radikal bebas ini wujud. Di bawah ini adalah sebahagian senarai sumber-sumber radikal bebas yang kita ketahui.

1. Pencemaran Radiasi


Bila bercerita tentang radiasi mesti kita akan terfikir ianya adalah tenaga nuklear. Ia adalah satu daripada sumber radiasi. Sumber lain yang paling dekat dengan kita adalah penggunaan telefon bimbit atau telefon pintar. Telefon yang kita pakai ini akan mengeluarkan gelombang untuk ianya bersambung dengan penyedia telekomunikasi untuk kita membuat panggilan kepada orang lain. Gelombang inilah datangnya radiasi yang mana dalam jangka masa panjang ianya akan memberi kesan yang sangat merbahaa terhadap badan kita.

2. Pencemaran Udara




Hari ini kita lihat pencemaran udara semakin berleluasa. Hampir setiap hari kita lihat persekitaran kita seakan kusam dan tak bermaya. Asap dari industri, kenderaan bermotor dan perbakaran terbuka menjadi penyumbang utama kepada pencemaran udara dan terjadi jerebu di sesetengah tempat. Bila mana perkara ini terjadi, udara yang kita sedut ini tidak lagi segar dan bersih seperti dahulu dan ianya mengandungi beribu-ribu radikal bebas yang akan masuk ke dalam sistem pernafasan kita.

3. Sinaran UV


Setiap hari kita melihat matahari dan kita akan menerima sinarannya dan setiap kali kita terkena sinaran dari matahari, kita akan terdedah kepada bahaya. Kerana apa? Sekarang kita boleh rasa bahawa sinaran matahri semakin panas dan terik. Ini adalah kerana lapisan ozon yang melindungi bumi kita ini semakin hari semakin nipis disebabkan oleh pencemaran yang berlaku. Dari sinaran inilah radikal bebas boleh terbentuk dan seterusnya membahayakan badan kita.


"YOUR HEALTH, YOUR WEALTH"
012 3940644 | 012 9278211
www.optiplusmalaysia.com
===================================
 AGEN SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN
===================================

No comments:

Post a Comment