Wednesday, February 11, 2015

Racun yang manis

Tahukah anda apa itu gula? Ia ialah benda berbintil berwarna putih yang kita ambil dengan teh tarik atau kopi susu. Rasa gula merembeskan hormon rasa sedap dalam otak dan ini menjelaskan kenapa ramai rakyat Malaysia ke-tagihkan racun yang manis ini.

Sedarkah anda bahawa Malaysia, negara yang kecil dengan jumlah penduduk lebih kurang 28 juta orang, adalah pengguna gula kelapan paling tinggi di dunia?

Berada di kedudukan kelapan daripada 195 negara di dunia dan keempat di Asia bukan sesuatu yang patut kita banggakan. Kerajaan berbelanja jutaan ringgit untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya gula melalui kempen dan iklan bagi merayu kita untuk mengurangkan pengambilan gula.

Pakar kesihatan kini mengatakan, gula sungguh bahaya dan boleh diletakkan dalam kategori sama dengan tembakau dan alkohol. Hakikatnya, penggunaan gula secara berlebihan kini ialah satu krisis kesihatan awam. Diabetes bukan sekadar sejenis penyakit berkaitan makanan, tetapi penyakit berkaitan gaya hidup.

Diabetes: Penyakit berkaitan gaya hidup

Menjaga diet dengan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang diproses ialah permulaan baik, tetapi mempunyai stres kronik dan berlebihan serta kurang aktiviti fizikal boleh mensabotaj niat baik anda untuk menambah baik kesihatan.

Cuba bertenang dan berehat melalui aktiviti mengurangkan stres seperti meditasi dan senaman pernafasan dalam atau mungkin dapatkan urutan. Menggerakkan otot melalui senaman secara tetap juga memainkan peranan penting dalam mencegah diabetes.

Pandemik diabetes

Pada 1985, kira-kira 30 juta orang di seluruh dunia dikatakan menghidap diabetes. Lebih kurang sedekad kemudian, jangkaan itu meningkat melebihi 150 juta orang. Hari ini, menurut angka Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), jumlah itu melebihi 250 juta orang. Jika tiada tindakan diambil untuk melaksanakan program pencegahan dan kawalan efektif, jumlah penghidap diabetes akan mencapai angka 380 juta menjelang 2025.

Menurut Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) dijalankan Kementerian Kesihatan, satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap diabetes dan ini bermakna diabetes menjejaskan sehingga 22 peratus daripada penduduk negara ini.

Komplikasi diabetes

Majoriti penghidap diabetes atau pra-diabetes sering diberitahu me-ngenai komplikasi jangka panjang seperti serangan jantung dan strok, kebutaan, penyakit buah pinggang dan penyakit saraf (neuropati) yang akhirnya boleh membawa kepada pengulseran dan pemotongan jari-jari kaki, kaki dan anggota badan bahagian bawah.

Ini ialah sedikit fakta menakutkan tetapi benar:
a) Risiko pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar bagi penghidap diabetes
b) Separuh daripada semua pemotongan yang dijalankan berlaku kepada penghidap diabetes

Memahami neuropati periferal diabetes

Saraf periferal bertanggungjawab kepada sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Hakikatnya, hujung jutaan saraf jenis ini ada di jari, ta-ngan, jari kaki dan kaki anda. Saraf ini mengelak anda daripada bahaya dan menjauhkan anda daripada perkara panas, sejuk dan tajam.

Dalam neuropati periferal, anda mungkin kehilangan deria rasa, rasa berdenyut-denyut, kebas atau rasa panas pada kaki dan tangan. Kerosakan saraf boleh bermula sebelum seseorang itu didiagnosis dengan diabetes. Malah, seseorang dengan pra-diabetes juga boleh mendapat neuropati.

Walaupun rasa berdenyut-denyut, kebas atau rasa panas yang melampau ialah tanda biasa neuropati, ada juga penghidap diabetes langsung tidak mengalami gejala. Orang yang mempunyai neuropati diabetes selalunya me-ngalami masalah mengawal tahap glukosa darah, tekanan darah, kolesterol dan berat badan.

Bagaimana anda boleh tahu jika mengalami kerosakan saraf?

Doktor mendiagnosis kerosakan saraf berdasarkan gejala dan pemeriksaan fizikal. Ketika pemeriksaan, doktor memeriksa tekanan darah, kadar degupan jantung, kekuatan otot, refleks dan sensitiviti anda terhadap perubahan kedudukan, getaran, suhu atau sentuhan lembut.

Membawa tahap gula dalam darah ke julat normal ialah langkah pertama untuk mencegah kerosakan saraf lebih teruk. Pemantauan tahap gula dalam darah, peranca-ngan hidangan makanan, aktiviti fizikal, pengambilan ubat atau insulin secara tetap akan membantu mengawal tahap glukos darah.

Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya, gejala akan bertambah baik apabila ada pengawalan glukos yang baik. Kawalan glukos darah yang baik boleh juga membantu mencegah atau melambatkan bermulanya masalah kesihatan lain.

Mecobalamin-vitamin B12 yang aktif untuk regenerasi saraf

Sesetengah makanan tambahan didapati sangat bermanfaat. Sepasukan saintis mendapati, saraf rosak boleh dihasilkan semula dengan satu makanan tambahan ringkas dikenali sebagai mecobalamin iaitu satu bentuk vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi.

Ia bukan saja berupaya membantu mencegah dan menghasilkan semula saraf rosak tetapi juga menggalakkan saraf sihat dan melindungi terhadap degenerasi sistem saraf.

Jika anda mempunyai tahap glukos darah tinggi, ambil satu kapsul mecobalamin 500mcg tiga kali sehari untuk membantu menghasilkan semula saraf rosak.

Sumber : Harian Metro

Bagaimana hendak mencegah diabetes atau kencing manis? Dapatkan pemyelesaian kepada penyakit kencing manis di sini.

"Your Health Your Wealth"
Like FB: Optiplus Malaysia

Tuesday, February 10, 2015

Sepertiga Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi Akibat Terlebih Makan Garam

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Sepertiga daripada rakyat di negara ini menghidap penyakit hipertensi atau darah tinggi akibat mengambil garam berlebihan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan penduduk Malaysia mengambil 8.7 gram garam sehari.

Ia adalah 1.7 kali lebih tinggi daripada lima gram garam sehari yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), katanya ketika menjadi tetamu khas program 'Ala Carte Pagi' terbitan Bernama Radio24 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan penduduk Malaysia agar mengambil tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh garam sehari bagi membendung hipertensi.

"Sekiranya rakyat Malaysia tidak mengawal pengambilan garam, penyakit hipertensi itu akan menjadi lebih serius dan boleh mengundang kepada risiko kematian," katanya.

Dr Feisul berkata garam menjadi sumber utama sodium dalam kebanyakan makanan kegemaran rakyat di negara ini apabila ia dijadikan sebagai penambah perisa bagi menyedapkan makanan itu.

"Sebagai contoh, masyarakat pada masa sekarang lebih gemar makan di luar berbanding memasak sendiri, jadi masakan panas bergoreng yang mengandungi kandungan garam tinggi menjadi kegemaran mereka.

"Ditambah pula dengan lidah mereka yang telah terbiasa dengan makanan masin dan bergaram, apabila makanan bergoreng itu dikatakan 'tidak cukup rasa' mereka akan menambah kicap atau garam," katanya.

Dr Feisul berkata rakyat perlu mengurangkan pengambilan garam dengan menggunakan herba dan bahan perasa asli untuk menyedapkan makanan.

"Amalkan cara pemakanan sederhana yang kurang garam dan bersos ketika makan di luar," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Minggu Kesedaran Garam Sedunia dari 9 hingga 13 Mac ini bagi mewujudkan kesedaran bahayanya pengambilan garam secara berlebihan.

Seminar berkenaan pengambilan garam juga akan diadakan untuk orang awam pada 12 Mac ini bertempat di Kompleks KKM, Putrajaya dan masuk adalah percuma, katanya.

Sumber : Bernama


"Your Health Your Wealth"
Like FB: Optiplus Malaysia

Thursday, February 5, 2015

Amaran : Radikal Bebas Bahagian 3

Sambungan dari Amaran : Radikal Bebas Bahagian 2

Berikut adalah senarai sumber wujudnya radikal bebas yang boleh merosakkan dan melemahkan sistem pertahanan badan kita terhadap penyakit.

4. Rokok



Umum mengetahui akan bahaya merokok. Begitu banyak iklan, kempen dan sebagainya di suratkhabar, televisyen, radio dan segala macam medium penyebaran untuk memupuk kesedaran kepada kita semua akan bahaya merokok, namun bilangan perokok masih lagi tidak berkurang. Disini boleh kita katakan walau dimana kita berada, kita akan berjumpa dengan perokok tidak kira lelaki mahupun perempuan. Walaupun kita tidak merokok, tetapi kita tidak dapat lari dari menghidu asap rokok. Dalam satu batang rokok, di anggarkan sebayak 3 trillion radikal bebas wujud dan akan memasuki ke dalam tubuh badan perokok itu sendiri. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak merokok? Bagi mereka yang tidak merokok pula sebanyak 2 trillion radikal bebas akan juga memasuki tubuh mereka. Jadi secara tidak langsung kita semua terdedah kepada radikal bebas yang sangat merbahaya ini.

5. Fast Food / Makanan Diproses


Bila kita lihat gambar diatas sudah tentunya kita akan terliur dan ingin merasa makanan tersebut. Tapi tahu tak kita bahawa makanan yang telah diproses seperti nuget, daging burger, sosej dan sebagainya adalah sumber datangnya radikal bebas. Makanan yang telah diproses terdapat bahan pewarna, bahan pengawet dan bahan-bahan kimia lain yang walaupun ia di kategorikan sebagai selamat untuk di makan, tetapi bila kita mengambil dalam kuantiti yang banyak ia boleh merosakkan tubuh badan kita. Perhatikan dan selidiki setiap ape yang kita makan.

6. Tekanan Harian / Stress


Setiap hari kita akan menghadapi tekanan tidak kira di tempat kerja, di jalan raya, di rumah dan di mana-mana sahaja. Kesesakan jalan raya, tidak cukup duit dan masalah kesihatan adalah antara tekanan harian utama yang akan kita hadapi dan rasai. Daripada tekanan harian inilah radikal bebas akan terbentuk seterusnya bertambah dalam badan kita. Bagi sesetengah orang mereka dapat mengawal kadar tekanan dalam diri mereka tapi kebanyakan daripada kita tidak dapat mengawalnya dan yang bahaya adalah bila kita memendamkan tekanan itu sehingga satu hari ianya tidak dapat di bendung lagi.


"YOUR HEALTH, YOUR WEALTH"
Like FB Page: Optiplus Malaysia
====================================
AGEN SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN
====================================


Apakah Penyakit Diabetes (kencing manis)?

APAKAH PENYAKIT DIABETES?

Diabetes mellitus atau biasa disingkatkan sebagai DM merupakan penyakit yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit kencing manis. Diabetes banyak dideritai oleh orang tua namun tidak terkecuali orang muda. Penghidap diabetes makin dikenal pasti di kalangan dewasa berumur bawah 50 tahun dan selalunya di tahap teruk.

Penghidap diabetes mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah yang disebut sebagai hiperglisemia. Sekitar 20.1% penduduk berumur lebih 30 tahun di Malaysia (Kajian Morbiditi Kesihatan Malaysia 2011) menghidap diabetes. Sayangnya, ramai yang tidak menyedari mereka adalah penghidap diabetes sehingga menjadi kronik dan mempunyai komplikasi jangka panjang.

Mungkin ramai orang yang bertanya, apakah itu penyakit Diabetes mellitus? Apa punca yang menyebabkan diabetes? Mengapa diabetes terjadi?

Pada umumnya, penyakit Diabetes mellitus terjadi disebabkan oleh kegagalan organ pankreas berfungsi secara normal. Pankreas berfungsi merembeskan horman insulin. Hormon insulin bertanggungjawab memudahkan kemasukan gula ke dalam sel untuk sumber tenaga. Jika pankreas gagal berfungsi dengan baik, hormon insulin tidak dihasilkan dengan cukup. Ini menyebabkan terdapat lambakan gula di dalam saluran darah. Gula tidak akan dibekalkan ke dalam sel dengan mencukupi menyebabkan individu berasa kurang tenaga. Maka penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga.

Selain daripada itu, diabetes juga boleh berlaku apabila sel menjadi kurang sensitif dengan insulin walaupun pankreas menghasilkan jumlah insulin yang mencukupi. Ini terjadi apabila terdapat jumlah lemak yang tinggi di dalam badan sehingga mengganggu sensitiviti dan metabolisma sel terhadap insulin. Masalah ini menyebabkan kurang kemasukan gula ke dalam sel untuk tenaga. Situasi ini berlaku di kalangan individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama; penyakit DM yang memerlukan insulin sejurus selepas diabetes dikesan – Diabetes jenis 1 (Type 1 Diabetes Mellitus) dan individu ini bergantung dengan insulin sepenuhnya. Jenis kedua adalah diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus) yang memerlukan rawatan ubat-ubatan oral di peringkat awal untuk mengawal paras gula dan hanya memerlukan insulin apabila gula sukar dikawal oleh rawatan oral. Sila rujuk artikel Diabetes mellitus.

Di samping itu, ada juga penyakit diabetes yang disebabkan oleh kehamilan, pengambilan ubat steroid tanpa kawalan, masalah penyakit genetik dan lain-lain.

Bagi diabetes jenis 2, kawalan paras gula darah boleh dilakukan melalui perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan. Berdasarkan pelbagai kajian, perubahan tersebut terbukti berkesan mengurangkan risiko diabetes dan membantu mengawal paras gula di kalangan penghidap diabetes. Oleh kerana itu, sangat penting bagi anda untuk mengetahui jika anda menghidap diabetes atau tidak.

APAKAH GEJALA DIABETES?

Ada beberapa tanda dan gejala diabetes yang dapat anda kenali sebagai gejala umum yang terjadi pada penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, tidak semua tanda dan gejala akan dialami oleh pesakit diabetes.

Tanda dan gejala diabetes adalah :

1. Jumlah air kencing yang dikeluarkan lebih banyak dan kerap kencing (Polyuria)
2. Sering atau cepat rasa haus/dahaga (Polydipsia)
3. Lapar yang berlebihan atau makan banyak (Polyphagia)
4. Urin mengandungi paras gula yang tinggi (Glycosuria)
5. Berat badan turun mendadak
6. Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan & kaki
7. Cepat penat dan lemah sepanjang masa
8. Mengalami rabun penglihatan
9. Luka lambat sembuh
10. Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit.

Bagi diabetes Jenis 1, gejala utama penyakit ini adalah sakit perut, kehilangan berat badan yang mendadak dan dahaga yang berterusan.


Apakah Yang Patut Dilakukan?

Seseorang dikatakan menghidap diabetes apabila paras gula dalam darahnya melebihi 7.0 mmol/L (berpuasa) atau 11.1 mmol/L (tidak berpuasa). Namun, kebanyakan gejala diabetes hanya berlaku apabila gula darah melebihi 15 mmol/L.

Jangan tunggu sehingga anda mendapat gejala diabetes untuk mengetahui kehadiran diabetes. Satu-satunya cara yang tepat untuk mengetahuinya adalah dengan menjalani ujian darah.

Pemeriksaan ujian saringan ini boleh dibuat di mana-mana klinik kesihatan di Malaysia sekurang-kurangnya sekali setahun.


Kesimpulan

Pencegahan amat penting dan anda disarankan untuk mendapatkan rawatan intensif jika ingin mengelakkan berlakunya komplikasi dalam badan anda.

Bagi mereka yang mempunyai faktor risiko diabetes, anda digalakkan agar menjalani pemeriksaan saringan bagi paras gula dalam darah sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jika perkara ini tidak diberi perhatian dari awal, gangguan pada saluran darah boleh terjadi seperti gangguan pada saluran darah di otak, mata, jantung, ginjal, serta bahagian kaki. Selain itu penghidap diabetes juga sangat mudah mendapat jangkitan kuman pada paru-paru, gigi, serta gusi dan pada saluran kencing.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, dengan mengenali tanda-tanda dan gejala diabetes melitus atau kencing manis individu akan lebih berwaspada dan mengambil tindakan dengan menjalani cara hidup sihat. Langkah ini boleh menghindarkan individu daripada mendapat diabetes dan komplikasi yang boleh membawa maut.

JOM TANGANI DIABETES DENGAN OPTIPLUS. JANGAN TUNGGU HINGGA TERLAMBAT.

"YOUR HEALTH, YOUR WEALTH"

Like FB: Papa Juara Health Centre